"HNY."
That's all in the message of this particular guy. I was like heny? Hany? Honey? Horny?
Ape salahnye tulis penuh. Message box kan tkde limit words. Ni sah generasi twitter. Kwang3x.
Anyway good morning yaw! Hari ni telah ku bangun awal seawal 6.14pagi menikmati udara pagi di Changkat setelah kota itu berparti sepanjang malam. Pasti nyenyak ketiduran pengunjung2 kelab tersebut pd pagi yg indah ini.
Seperti kebanyakan org, i also want to present my new year resolution to the world.
Jeng jeng jeng..
Azam 2012:
1. Solat 5 waktu.
Kedengaran seperti senang tp dengan pekerjaan yang memenatkan memang terasa kesedikitan kelalaian untuk menunaikan fardu. Cabaran yg terbesar pabila pulang dr double shift mlm2 yg dlm fikiran cume katil, katil, katil. Dan besoknye seperti yg telah dimimpikan akan la terlajak bangun ke tengahari dan impian bersubuh itu hanyalah menjadi impian. Selain tu bile patient ramai sangat nk kena attend, bukan solat je tk sempat, kencing makan pun tk smpt. The purpose to let the world know bukan ingin membangga berbuat dosa tetapi mengharapkan doa kalian supaya daku sentiase terjaga dan mempunyai kudrat untuk menunaikan yg wajib.
2. Khatam al-quran.
Keranenye semakin la hati ini gelap kurang sabar asik nk marah. Oleh itu ade baiknye juge cube2 la baca ayat Allah tu hari2. Banyak fadilatnye. Jadi lebih sabar, terang hati, murah rezeki, banyak pahala, disayangi Allah. Moh moh semua. Anyway, last khatam pun rs da bertahun2 lamanye.
3. Save duit.
Kerane duit adelah segala2nya di dunia seperti amalan baik di dunia adalah segala2nya di akhirat. Hehe. Dengan peningkatan gaji seperti yg telah dijanjikan kerajaan Malaysia di harap peningkatan saving juge bertambah. Dan saye menyasarkan untuk menyimpan 20k tahun ini. Mampukah anda? Mampukah saya? Mampu! Sekiranya stop la stalk groupon tu dik oi! Waaa. Im addicted to you! Don't you know, you're a toxic!
4. Minum air masak.
Ape la yg susah sgt nk stop minum air bergula. Ade org penah ckp ade bngla mati dlm mesin coke, ade org spread hiv dekat dlm air coke, still nk minum jugak. Coke adalah pilihan hatiku selamanya. Tomok minum tk kena HIV pong. Kalau kena diabetes sila la lecture diri sendiri.
5. Belajar memasak sehingga mahir.
Kerana ingin menjadi istri mithali yg memasak untuk suami dan anak2. Barulah keluarga bahagia, suami sayang, anak dengar ckp. So kat mane nk amik kelas ye? Google kan ado.
6. Belajar menjahit baju.
Kerane lagi sekali ingin menjadi isteri dan ibu mithali. Cam suke je tgk Melissa Maureen si isteri Malique tu jahit baju untuk anak die Inca Medina. Sgt talented. Tak caye gi stalk instagram die. smpai terasa kalau saya lelaki pun nk cari isteri mcm die. ;p
(smbung balik pukul 2pm td tertido)
7. Kurangkan makanan kfc sebagai makanan ruji.
Tp KFC tu kenyang and cepat sebab ade drive tru. Bile nk gi keje tu gi drive thru and then makan smbil drive. Smpai tinggal sendawa je. So multitasking chewah.. Tp tau dengab kehidupan yg sedentery begini tmbah dengan penggunaan air berkarbonated mengalir dalam badan boleh menyumbang memacam penyakit.
You do the doctor, do the math. Tp my math sucks since i became a doctor.
8. Tidak mencarut.
Walau ape pun berlaku. Walau stress mana. Walau penat mane. Walau annoying mabe relative patient tu. Walau susah mane nk dpt darah patient tu smpai die marah2 maki. Walau aggressive mane and dungunye mamat alcaholic itu, bersabarlah. Nk carutan sgt, try zikr. Feewit.
9. Tak mengumpat.
Wa ini sukar. Tak sengaje. Tk tahan nk simpan. Tk tahan nk dengar. Tolongla Ya Allah tutupkanla telingaku dan kuncikanla mulutku dr segala anasir jahat tp jgn la Engkau pekakkan telingaku dan butakan mataku. Aminn
10. Err. Umm. Exercise?
Waa even tulis pun buat rasa lemah seluruh badan. Tkpe try. at least once a month? Lgpun ni peluang keemasan nk beli kasut sukan baru ngeh ngeh ngeh.
Cukup la tu sepuluh.
Diharap 2012 akan menjadi hebat untuk ku. Ade sesuatu yg ingin aku kecapi. Bukan bukan pasal nk gi konsert avril. Tu memang ingin dikecapi lagi sekali. tp ini lebih besar. Biarlah ia menjadi rahsia ku dan Allah. Ecewah.
Okay mari memulakan hari.
Selamat tahun baru semua.
Selamat berusaha menjadi manusia yg lebih baik dari tahun lpas.
Jia you!!
P/s: my life theme song da bertukar. No longer taio cruz break your heart.;p


















































